Wednesday, February 24, 2010

Tanpa ku sedari

tanpa sedar kita telah melukakan hatinya,
tanpa sedar kita telah menguris persaannya, dan
tanpa sedar kita telah membelakangi nasihatnya,
tapi...
sedarlah wahai insan yang bergelar anak,
sebelum kita kehilangannya..

mungkin aku bukanlah perkara terbaik yang pernah kamu alami, namun aku akan menjadi perkara terbaik yang pernah kamu ada...

Sunday, September 28, 2008

Asingment...Asingment


Ingat cuti boleh gak nak rehat2 fikiran tp ada gangguan.Apa lagi kalo bukan pasal asingment he.he.he.Bukan nak merungut sebenarnya tapi saje nak bagi tau..Kalo setakat asingment je takpe la juga.. nie field work pun ada.Pening2.Habis jer cuti raya kena bentang la plak.

2 Hari Lagi Nak Raya


2hari lagi nak raya tapi aku masih lagi tak kemas rumah. Nak kata malas tu taklah malas sangat,tapi semangat nak raya rasa makin lama makin kurang.Mungkin kerana kita dah semakin dewasa.Tapi aku tetap bersyukur kerana masih lagi berpeluang untuk menyambut hari lebaran pada tahun ini.Semoga lebaran pada tahun ini akan lebih bermakna buat kita semua..

Wednesday, September 17, 2008

ESOK BALEK KAMPONG YAHOO...


Sekarang tepat jam12.56. ARGHH..Kenapa mata ni degil sangat nak pejam. Esok plak pagi2 lagi kena siap nak balik kampong. Dah la..mlm ni kena tidor sorang2, roomate dah balik kampong baru jer tadi. Bila cakap jer pasal bas, kadang2 sakit hati tau.. kenapa?? Apa tak sakit hati nye..tambang nak balik raya nie naik 30 peratus dr harga asal. Memang cekik darah betul..Tp marah2 pun beli juga kan sebab ni jer transport utama nak balik Kelantan..Jadi kalau ada yg balik kg esk pagi pesan kat driver, drive carefully n remember person that we love..Satu lagi, kalo nak hidupkan lagi suasana balik kg tok raya nie..dengarlah lagu Allahyarham Sudirman kita iaitu lagu "Balik Kampung"See you all in two weeks later Bye..Assalamualaikum.

Peti dan Hirerki Kehidupan


Dalam peti ada tingkat dan bahagian-bahagian yang tertentu. Sama juga dengan kehidupan kita. Kebiasaannya yang dia atas adalah yang lebih berkuasa jika dibandingkan dengan yang di bawah.Kalau dulu pun, aku belajar sejarah tentang stratifikasi sosial di setiap negara. Kebiasaannya ada dua golongan iaitu golongan pemerintah dan diperintah. Namun kadang-kala golongan pemerintah lebih suka menindas golongan bawahan demi kepentingan sendiri..Kadangkala kehidupan ini tidak adil bagi golongan bawahan macam kita..Tapi kita harus ingat bahawa yg di atas tidak selalu akan berada di atas dan yg di bawah tak akan kekal selamanya di bawah.. Di kesempatan ini hamba ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN.Tak kisahlah raya lambat lagi pun.he..he..

From Picture to Idea



Idea dtg tanpa diduga dan dipinta. Namun dari mn datangnya idea???
Adakah dari akal fikiran @ dari pengamatan?
Mugkin ya dan mungkin tidak.
Kisah Katak dan Ular
Aku tidak bersalah tapi telah dipersalahkan kerana kebetulan memang aku tak melakukan kesalahan, ujar katak sedih. Itu ini itu ini disabitkan atas kesalahan yang tak pernah dilakukan. Kehidupan lurus ini bisa dipesongkan dari landasan kerana aku haiwan kerdil yang tak punya apa-apa. Dengan lidah kuasa sang ular sengaja menegakkan benang keliru yang direka-reka. Ah duduk salah melompat salah-terhukum bagai pesalah. Kerabatku teruja dilanda kemelut musibah yang sukar dan aneh di penjara nasib-kiri kanan dibenahi virus bisa keliru yang sengaja disuntik untuk buktikan kehebatan lidah dan taring durjana. Sukar meluruskan kekusutan yang disengajakan kebisuan bagaikan satu dosa lalu dipersendakan, tatkala nyaring memanggil hujan, kami dituduh pula derhaka kononnya sengaja musnah belah kolam muafakat. Dan kami tak diizinkan membela diri-hukuman telah disabitkan lalu terhukum di rahang bisanya "kau memang makanan kegemaran istimewa!" ujar ular penuh nafsu.

Persoalan Peti Ajaib 5 Bahagian (PA5B)

Apa maksud PA5B?
Persoalan pertama yang timbul dari teman tatkala aku menunjukkan draf akan plot cerpen yg bakal aku tulis..Dgn yakin aku mendeskripsikan bahawa peti ajaib itu adalah peti sejuk..
Kenapa peti sejuk?
Satu lagi persoalan yg muncul dr bibir temanku..Entahla.Aku pun tak pasti.Namun apa yg menjadi keyakinanku aku suka makan dan peti sejuk yg selalu menjadi sahabat kepada semua makananku..
Apa pula 5 bahagian tu?
Sekali lagi buat ke sekian kalinya aku menjawab persoalan itu. 5 bahagian itu mewakili 5 bahagian yg ada dlm peti sejuk aku dan juga sbg simbolik kpd 5 rukun Islam.
3 jam telah berlalu namun masih lagi terngiang-ngiang di telinga ini akan pendapat Dr.Mawar akan cerpen PA5B aku.Mungkin aku akan lakukan sedikit perubahan akan apa itu 5 bahagian dan kaitannya dgn kehidupan realiti watak utama dalam cerpen aku..