Wednesday, September 17, 2008

From Picture to Idea



Idea dtg tanpa diduga dan dipinta. Namun dari mn datangnya idea???
Adakah dari akal fikiran @ dari pengamatan?
Mugkin ya dan mungkin tidak.
Kisah Katak dan Ular
Aku tidak bersalah tapi telah dipersalahkan kerana kebetulan memang aku tak melakukan kesalahan, ujar katak sedih. Itu ini itu ini disabitkan atas kesalahan yang tak pernah dilakukan. Kehidupan lurus ini bisa dipesongkan dari landasan kerana aku haiwan kerdil yang tak punya apa-apa. Dengan lidah kuasa sang ular sengaja menegakkan benang keliru yang direka-reka. Ah duduk salah melompat salah-terhukum bagai pesalah. Kerabatku teruja dilanda kemelut musibah yang sukar dan aneh di penjara nasib-kiri kanan dibenahi virus bisa keliru yang sengaja disuntik untuk buktikan kehebatan lidah dan taring durjana. Sukar meluruskan kekusutan yang disengajakan kebisuan bagaikan satu dosa lalu dipersendakan, tatkala nyaring memanggil hujan, kami dituduh pula derhaka kononnya sengaja musnah belah kolam muafakat. Dan kami tak diizinkan membela diri-hukuman telah disabitkan lalu terhukum di rahang bisanya "kau memang makanan kegemaran istimewa!" ujar ular penuh nafsu.

No comments: